Translate

Wednesday, January 9, 2013

Blessed Sandal SAW

Blessed Sandal SAW
“Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad”


Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku 1x maka Allah akan berselawat baginya 10x, dan digugurkan 10 kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya 10 darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Establised in 2012
   
Kepakaran kami adalah design lakaran Capal Rasulullah SAW 
(SANDAL NABI SAW)
Dengan cara dan kaedah yang sangat mudah & murah. 

Ingin tahu cara nya, sila hubungi kami melalui email.
Email: ( blessedsandalsaw@yahoo.com )




Lakaran Ni`al al-Mustafa s.a.w. (Sandal Nabi Muhammad s.a.w) Berbagai cara orang untuk mendapatkan pahala. Setiap orang terserah pada niatnya.Seperti diterangkan oleh Allamah Al-Imam Al-Qasthalani dalam kitab Jawahir Bihar fi Fadhail Mukhtar karangan Syekh Yusuf bin Ismail bin Yusuf An-Nabhani dan Sayed Mohamad Al-Jamazi Al-Husaini Al-Maliki dari Maroko di dalam kitab Fathul Mutaal fi Madhi An-Nial, dan Imam Muqorri. Menurut keterangan para ulama yanag artinya seperti ini:

“Barang siapa yang menyimpan Mitsaalunna’lissyariif (Gambar sandal Nabi Muhammad SAW) di dalam rumahnya atau tempatnya dengan niat supaya mendapatkan keberkahan. jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh, Semua ini didasari dengan keyakinan yang teguh/kuat dan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.Insyallah.

Lakaran Ni`al al-Mustafa s.a.w. sekadar mengambil keberkahannya sahaja, dengan harapan agar kita sentiasa menaruh kerinduian pada baginda Rasullullah s.a.w. yang selalu menyayangi umatnya , dengan cintanya kita pada baginda s.a.w , moga Allah ta’ala mengampuni kita & memberi keselamatan dunia dan akhirat nanti .Insyallah.

Lakaran Ni’al Nabi Muhammad s.a.w. ini boleh digunakan sebagai pemberian hadiah atau berkat untuk majlis Cinta Rasullullah s.a.w.(Maulid Rasullullah s.a.w.),untuk majlis persandingan,majlis ulang-tahun atau apa sahaja majlis yang bakal diraikan.Sebagai usaha kita memperingati,menyayangi dan merindui Rasullullah s.a.w. dapatlah kita menyebarkan lakaran sandal Nabi s.a.w. ini sabagai “berkat” atau hadiah, dengan harapan semua mendapat Rahmat dari Allah ta’ala .Amiin.

Our Product

{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}.
[Al-Ahzab: 56]
Ada sebuah kisah:
Dan di antara kelebihannya yang telah dicuba manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syaikh yang sholeh, Abu Ja’far Ahmad bin Abdul Majid:- “Aku telah membuat mitsal ni`al ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata:- “Kelmarin aku telah melihat keberkatan ni`al ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir binasa, maka aku letakkan mitsal ni`al tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa “ALLAHUMMA ARINIY BARAKATA SHOHIBI HADZAN-NA’LI” (Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya ni`al ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga. Percaya atau tidak terpulanglah, “al-madad fil masyhad fil I’tiqaad nailul murad” (”Bantuan/ Sokongan sekadar penyaksian dan dalam pegangan teguh tercapainya tujuan”).

Ulama membuat lakaran atau imej sandal Junjungan s.a.w. demi kecintaan kepada Junjungan s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang - orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang empunyanya(iaitu Rasullullah s.a.w). Tulusnya cinta pada Sang Kekasih telah menyebabkan keberkatan.

With Red Roses

{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}.
[Al-Ahzab: 56]
Berbagai ulama telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani memperkatakannya serta membawa nukilan berbagai ulama dalam kitabnya "Jawahirul Bihar" jilid ke-3, Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam "Zadus Sa`id", Imam Ibnu 'Asakir dalam kitabnya "Timtsalu Na'l an-Nabiy", Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya "Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na'layn", Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya "Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al", Imam al-Qashthalani dalam kitabnya "Mawahibul Laduniyyah" dan ramai lagi. Insya-Allah, jika diizinkan Rabbul Jalil kan kucuba mengutarakan serba sedikit mengenai keberkatannya buat renung sahabat yang berhajat.

Sandal/Capal Junjungan menjadi simbol kepada para pencinta baginda bahawasanya segala tindak-tanduk, amal-perbuatan, bahkan apa saja hendaklah sentiasa atas jalan dan di bawah qadam Junjungan s.a.w. agar tidak tersimpang perjalanan menuju keredhaan Allah. Kemuliaan Junjungan tiada tara, sehingga Junjungan tidak diperkenankan Rabbul 'Izzah untuk menanggalkan sandal baginda sehingga pertemuan di tempat pertemuan "qaba qawsaini aw adna" sandal masih berada di tapak kaki Junjungan. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh sandal Junjungan s.a.w.



{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}.
[Al-Ahzab: 56]

Lakaran Ni`al al-Mustafa s.a.w. yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad Redha Khan Barelwi dan ditulis padanya bait-bait syair dalam bahasa Urdu yang menyanjung Junjungan al-Mustafa s.a.w. Syaikhul Hadits Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam catatannya untuk kitab "Syamail at-Tirmidzi" menyatakan:- "Gambar lakaran capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab "Zadus Sa`id" karangan Maulana Asyraf 'Ali Thanwi (rahmatullah 'alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Alim tersebut telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai kemasyhuran dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. " Moga kita juga dapat memperolehi keberkatan ini, jika belum, bersabarlah mungkin belum ada rezeki, mungkin kecintaan belum benar-benar tulus, mungkin kekotoran jiwa belum memungkinkan pertemuan dengan sebersih-bersih dan sebaik-baik makhluk. Nartaji minkas syafa`ah, Ya RasulAllah.
Blessed Sandal SAW

{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}.
[Al-Ahzab: 56]
Kemuliaan Junjungan terlalu amat sehingga apa sahaja bersama Junjungan turut menjadi mulia, seperti diisyaratkan oleh ayat "al-ladzi baarakNaa haulahu" (yang Kami, yakni Allah, berkati sekitarnya"), jika ayat tersebut menceritakan keberkatan Masjidil Aqsa, maka Junjungan s.a.w. ini kemuliaannya keberkatannya keagungannya melebihi segala selain Allah s.w.t., fikirkanlah wahai saudara lalu jadikanlah dirimu berada dalam daairah sekitar Junjungan s.a.w. dan sekitar pewaris dan khalifah Junjungan. Kemuliaan Junjungan tertumpah sehingga ke ni`alnya yang dibawa bersama menghadap Rabbul Jalil sehingga lakaran ni`al tersebut yang dilakar demi kecintaan kepada tuan empunyanya mengandungi keberkatan dan rahsia yang sukar diungkapkan. Lakaran ni`al Junjungan Nabi s.a.w. mempunyai rahsia dan keistimewaan di kalangan sebahagian ulama,

Saudara, inilah antara penyaksian ulama kita berhubung lakaran ni`al al-Musthofa s.a.w. Percaya atau tidak terpulanglah, "al-madad fil masyhad fil I'tiqaad nailul murad" ("Bantuan/ Sokongan sekadar penyaksian dan dalam pegangan teguh tercapainya tujuan"). Untuk pengetahuan, Imam al-Qasthaalani adalah seorang ulama terbilang, pemuka ilmu hadits dan fiqh mazhab Syafi`i. Antara gurunya ialah Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Syaikhul Islam Zakaria al-Anshari dan as-Sakhawi. Banyak mengarang kitab antara yang masyhur ialah "Irsyadus Sari fi syarhi Shohihil Bukhari" merupakan syarah Shohih Bukhari dalam 10 jilid besar dan "al-Is`aad fi talkhis al-Irsyad" merupakan furu' feqah Syafi`i. Maka terpulanglah. Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin 'Alaika, Ya Shohibal-Mi'raaj. Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin 'Alaika, Ya Shohiban-Na'lain.
(Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Mi'raaj)
(Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Dua Ni`al)
(iaitu Nabi Muhammad s.a.w.).